Thursday, April 12, 2012

Libas belakang, tekap seterika

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 28 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja dilibas dengan tali pinggang oleh kekasihnya, malah belakangnya turut ditekap dengan seterika panas dalam kejadian di Jalan Pantai Murni, di sini, kelmarin.


Lebih kejam, dalam kejadian antara jam 3 hingga 5 petang itu, mangsa yang menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah kemudian disimbah pula dengan air panas oleh lelaki berusia lewat 20-an itu.

Kekejaman teman lelaki mangsa dikatakan berlaku ketika mereka bertengkar dengan teman lelakinya itu bagi menebus semula barang kemas miliknya yang digadaikan.

“Mangsa mendesak teman lelakinya supaya menebus semula barang kemas miliknya itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Lelaki itu yang hilang pertimbangan bertindak memukul mangsa,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang bagaikan dirasuk kemudian melibas mangsa menggunakan tali pinggang.

“Mungkin tidak berpuas hati, lelaki itu kemudian menekap pula seterika panas ke atas belakang mangsa. Akibatnya mangsa menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah.

“Sebaik mangsa menggelupur, lelaki terbabit bertindak lebih kejam dengan menyimbah pula air panas ke atas badan mangsa,” katanya.




Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
- ,