Thursday, April 12, 2012

Koboi alor star

ALOR SETAR: Mungkin ramai yang lebih gemar naik pengangkutan moden ke pejabat tetapi bagi kontraktor elektrik Encik Mohd Sabri Salleh, 51 tahun, menunggang kuda ke tempat kerja lebih mudah dan selesa serta 'mesra alam'.


'Saya sukakan haiwan ini dan memilih menunggang ke tempat kerja untuk kemudahan. Saya juga boleh mendapatkan senaman yang baik berbanding berjoging dan ia mesra alam.

'Saya meninggalkan kuda di kandang di padang Taman Jubli Emas dan berjalan kaki ke pejabat saya yang berhampiran. Saya mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri membina kandang sementara di padang,' kata Encik Mohd Sabri sambil menambah bahawa beliau ke pasar juga menunggang kuda.

'Saya melakukan ini kerana mendapati menunggang kuda sebenarnya adalah baik bagi kesihatan. Saya pernah mengalami sakit belakang tetapi sejak saya menunggang kuda, masalah tersebut telah hilang,' jelas bapa empat anak dari Kampung Baru Tambak Bunga, di sini, yang memiliki tiga ekor kuda - Golden, Blue Fox, dan American Navy.

Semuanya beliau beli dari Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

'Setiap seekor berharga antara RM8,000 ($3,285) dengan RM10,000. Kuda baru akan menelan kos kira-kira RM100,000,' dedahnya.

Encik Mohd Sabri turut menawarkan orang awam menunggang kudanya dengan bayaran yang minimum - RM3 bagi kanak-kanak dan RM5 untuk orang dewasa.

Tiga anaknya - Mohd Rais, 21 tahun, Nur Syazwan, 20 tahun, dan Mohd Raimi, 15 tahun - semuanya boleh menunggang kuda dengan baik. -- The Star.




Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
- ,