Wednesday, April 25, 2012

Chelsea ke Final UEFA 2012


Impian Barcelona FC ke final tahun 2012 kini hancur setelah seri 2-2 dengan Chelsea semalam. Walaupun ketinggalan 0-2, dengan hanya 10 pemain Chelsea mampu menjaringkan 2 gol jaringan Ramires dan Fernando Torres.


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Lelaki berjubah putih misteri


Gambar hiasan

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba2 keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya tentera bersenjata. Kelihatan dia mengangkat pemuda yang telah syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.


Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan...







Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Saintis China hasilkan biri-biri gen cacing

SEEKOR biri-biri yang bernama Peng Peng cuba berdiri di sebuah ladang di Urumqi, Xinjiang pada 26 Mac lalu.

HONG KONG - Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak 'baik' yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.

Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.

"Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa," kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China.

Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China.

Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.

"Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia," kata Yutao.

China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya.

Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China.

Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu. - Reuters

Bila manusia terlalu taksub mencari dan mengkaji ilmu, hukum alam tidak lagi diendahkan. Keadaan akhir zaman...

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Kereta tersadai di tangga

SEBUAH kereta berhenti di kawasan tangga menuju ke stesen Chaussee d'Antin La Fayette, Paris semalam.

PARIS - Seorang pemandu sebuah kereta pada mulanya menyangka sebuah laluan bawah tanah di sini menuju ke tempat meletak kenderaan.

Dia terus memandu kereta memasuki laluan itu sebelum menyedari ia sekiranya adalah tangga untuk menuju ke stesen tren bawah tanah.

Bagaimanapun, dia sempat menekan brek menyebabkan keretanya tersadai di kawasan tangga itu di stesen Chaussee d'Antin La Fayette semalam.

Polis kemudian menahan pemandu kereta itu yang merupakan seorang lelaki untuk menjalani ujian kandungan alkohol dalam badannya.

Keputusan ujian itu mendapati pemandu tersebut negatif alkohol yang menunjukkan dia tidak mabuk. -


sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_04.htm

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Artis mangsa penghuni flat buang objek



KUALA LUMPUR - Malang bagi bekas peserta Maharaja Lawak Mega, Ahmad Salman Zamri, 38, atau lebih dikenali sebagai Salman Al-Farisi (Kumpulan Lanun) apabila cermin belakang keretanya pecah ditimpa botol mayonis yang dibuang dari tingkat atas rumah di Blok 100 Perumahan Awam Seri Pantai, Pantai Dalam di sini, kelmarin. 

Kejadian tersebut disedarinya kira-kira jam 1 petang semalam ketika sedang memanaskan enjin keretanya.

Menurutnya, sebelum itu, kira-kira jam 11 pagi dia sudah terdengar bunyi dentuman, namun tidak menyangka keretanya menjadi mangsa. 

“Dua tahun lepas televisyen lama dicampak dari atas, terkena kereta dan cerminnya pecah seperti yang jadi pada saya kali ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Salman yang sudah tujuh tahun menetap di situ berkata, sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab itu membuatkannya rasa tidak selamat.

Katanya, apa yang membimbangkan adalah sekiranya objek yang dibaling menimpa penduduk, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang berlegar di bawah. 

“Saya sudah buat laporan polis untuk dirujuk kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana saya mahu DBKL membuat surat pekeliling sebagai amaran dan kesedaran kepada penduduk. 

“Pihak DBKL juga sepatutnya mengambil langkah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sudut yang boleh merakam keseluruhan bangunan agar boleh mengenal pasti pelaku yang bertanggungjawab membuang objek dari atas,” katanya. 

Difahamkan sudah lebih tiga kejadian objek dibuang dari atas yang melibatkan kerosakan kenderaan penduduk di situ sejak 2010.



Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
- ,