Tuesday, September 18, 2012

Blackberry curve4 9360 ori untuk dijual



Salam..1 bb curve4 9360 original (made in Hungary) untuk dijual...
baru pakai 2bulan (warranty 10bln brightstar)
Condition tiptop 10/10 tiada sbarang kurangnya dengan yg baru

Spec:
BlackBerry OS 7.0 (upgradable to OS 7.1)
2G / EDGE / 3G / HSDPA
Bluetooth v2.1 / Wi-Fi 802.11 b/g
TFT LCD, 65k colors
480 x 360 pixels, 2.44 inches
- Optical trackpad
CPU 800 MHz
with A-GPS support
512 MB RAM
5 MP, 2592x1944 pixels, LED flash
Memory card 4G + Free casing

(earfon,charger,cable,buku,kotak)

COD lebih diutamakan...area jitra,alorstar...PM jika berminat
HARGA: RM850 (nego smpai jadi)

Saturday, June 23, 2012

Keje KAU masa kecik2


Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar. 

2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita. 

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam. 

10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.
 

12. Main game Pacman atau Mario
13. Main lubang tikus
14. Mintak biodata kawan2
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
16. Buat jet kertas 

17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
18. Lawan pemadam
19. Penggal/Tuju selipar
20. Main bubble wrap 

21. Minum air panas dlm piring 

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)





Monday, May 7, 2012

Ubah lagu (Male <> Female) :)

Salam satu dunia...hehe..jom sama-sama berkongsi idea dalam editing muzik dan audio.. Hari ni aku nak share macam mana kita nak ubah suara lelaki jadi suara pompuan, dan suara pompuan jadi suara lelaki...Sebelum mengikuti tutorial, software yang nak kita pakai ialah Audacity . Boleh ja download di link ni secara percuma...hehe.. (Klik sini untuk dapatkan Audacity).


Audacity boleh diguna untuk edit audio dalam beberapa format yang sesuai sahaja seperti dalam bentuk mp3. dan wav. Jadi, kalau audio yang korang nak edit dalam format lain, sila convert dulu ke dalam bentuk format mp3 atau wav. hehe... Apapun, sebelum kita belajar cara nak edit suara lelaki<>perempuan, mai tengok beberapa contoh yang sudah dihasilkan...dengan mengubah pitch lagu berikut... :)


Suara LELAKI tukar kepada WANITA

LOVEHAMMERS - TREES 
ORIGINAL SONG

SELEPAS EDIT MENGGUNA AUDACITY
FEMALE VERSION





Suara WANITA tukar kepada LELAKI

CELINE DION - MIRACLE 
ORIGINAL SONG



SELEPAS EDIT MENGGUNA AUDACITY
MALE VERSION

Jadi, ni adalah dua contoh yang aku hasilkan...menarik? Nanti aku akan ajar macam mana nak buat dalam pos akan datang, :) Hope membantu dan menarik minat anda...;)

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)


Sunday, May 6, 2012

Tanda akhir kematian dan kaitan waktu asar



Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Sabda Nabi Muhammad S.A.W


tanda-tanda kematian

100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

40 Hari Tanda Sebelum Kematian 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. 

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 



Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. 

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. 

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Nazak atau Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. 

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya

Monday, April 30, 2012

Puluru berpandu kawal sukan Olimpik


Gambar yang diperolehi daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik pada 17 April lalu merakamkan pemandangan dari udara Taman Olimpik di London yang menujukkan Stadium Olimpik (kanan), Pusat Aquatik, dan Arena Polo Air (kiri). Kota London mencatat sejarah sebagai bandar raya pertama menganjurkan Sukan Olimpik sebanyak tiga kali. - AFP

LONDON 29 April - Penghuni sebuah blok pangsapuri di London diberitahu peluru berpandu darat ke udara dijangka ditempatkan di atas bangunan berkenaan bagi membantu menangkis ancaman keganasan dari udara semasa Sukan Olimpik.

Kementerian Pertahanan, semalam mengesahkan pihaknya mencari lokasi sesuai bagi menempatkan sistem pertahanan itu ketika Britain bersiap sedia untuk melancarkan operasi keselamatan terbesar pada waktu aman sempena temasya sukan tersebut.

"Satu sistem peluru berpandu kelajuan tinggi mungkin diletakkan di atas bumbung dan 10 askar ditempatkan di dalam bangunan itu selama dua bulan sepanjang Sukan Olimpik yang akan bermula pada 27 Julai ini," menurut risalah yang diedarkan kepada penduduk.

Jurucakap Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, semalam berkata, sistem pertahanan udara berpangkalan di darat boleh ditempatkan sebagai sebahagian pelan keselamatan udara pelbagai peringkat untuk Sukan Olimpik, termasuk jet pejuang dan helikopter.

"Berdasarkan nasihat tentera, kami telah mengenal pasti beberapa lokasi dan sedang berunding dengan pihak berkuasa tempatan dan pemilik tanah berkenaan untuk membantu mengurangkan kesan daripada sebarang penempatan tentera," katanya.

Kementerian Pertahanan belum membuat keputusan muktamad mengenai penempatan peluru berpandu tetapi sedang menilai beberapa lokasi dengan kerjasama polis, menurut kenyataan itu.

Seorang wartawan yang mendiami blok pangsapuri di Bow, timur London itu, Brian Whelan berkata, tentera akan menjalankan ujian dan jika semuanya berjalan lancar, peluru berpandu berkelajuan tinggi serta askar akan ditempatkan di atas bangunan tersebut.

Menurut risalah itu, pangsapuri berkenaan dipilih kerana pemandangannya yang begitu jelas di kawasan sekitar dan seluruh ruang udara di atas Taman Olimpik. - AFP

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Tomboi diperkosa dan dibunuh



KOTA BHARU - Siasatan polis berhubung kes kematian seorang gadis tomboi, Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi (gambar) yang mayatnya ditemui dibakar bersama motosikalnya di kawasan ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang minggu lalu percaya mangsa turut dirogol sebelum dibunuh.

Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut dengan menyoal siasat sembilan suspek termasuk dua wanita yang ditahan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.

Kesemua mereka merupakan rakan-rakan Nor Ain Shafnie, 16, dan kebanyakan mereka adalah penagih dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih banyak maklumat kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.

"Polis mengesyaki gadis berkenaan telah dirogol sebelum dibunuh dan dibakar. Siasatan masih berjalan dan kita tidak boleh dedahkan semuanya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar Siti Khadijah dan Buluh Kubu di sini semalam.

Hari-hari isu rogol berlaku...apa kita perlu buat untuk negara kita?

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Johor bakal bergelar Jollywood?


JOHOR BAHRU 29 April - Pembangunan Media Village @ Medini dan Pinewood Iskandar Malaysia Studios (Pinewood Studio) yang bakal dibuka Mei tahun depan serta Mediapolis di Singapura mampu mewujudkan gabungan kemudahan industri kreatif bagi menjadikan Johor sebagai 'Jollywood' Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Medini Iskandar Malaysia, Keith Martin berkata, rantau Asia setakat ini masih belum mempunyai pusat pembangunan industri kreatif dan hubungan antara Malaysia-Singapura yang berada pada tahap terbaik kini mampu menjadi pemangkin untuk merealisasikan impian itu.

"Apa yang meyakinkan saya adalah pelan induk Media Village @ Medini dibuat berdasarkan permintaan, bukan sekadar pembinaan infrastruktur dan kami sebagai pemegang konsesi utama akan memastikan pelaksanaan pelan induk mengikut rancangan.





Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)




Enjin v-12 terkecil dunia yang osem

Enjin v12 ini adalah enjin yang tercanggih pada masa ini dan digunakan bagi kenderaan mewah dan terbaik dunia seperti Ferrari, Mercedes dan lain-lain...Mai kita tengok macamana orang ni buat enjin v12 terkecil plak..:)



Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Saturday, April 28, 2012

4 penyamun tumpas di tangan atok 60 tahun

RAMPAS...barang milik penjenayah (gambar kecil) yang ditembak mati.

KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat lelaki yang cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields, di sini, bukan saja gagal, tetapi bernasib malang apabila seorang rakan mereka mati ditembak penghuni rumah berkenaan yang berusia 60 tahun, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian berlaku jam 2.30 pagi apabila suspek memecah masuk rumah mangsa sebelum disedari mangsa yang juga ahli perniagaan yang memiliki lesen senjata api apabila terdengar bunyi bising.


“Mangsa memeriksa bunyi bising itu dan sebaik terserempak kumpulan penyamun yang bertopeng terbabit, dia melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai seorang daripada suspek.

“Bagaimanapun, tiga lagi suspek yang terperanjat dengan tindakan itu melarikan diri dan polis kini giat memburu mereka,” katanya.


Katanya, penjenayah yang ditembak mati itu dikenali sebagai Adhitia, 37, yang berasal dari Jakarta, Indonesia, berdasarkan pasport yang ditemui bersama lelaki terbabit.


“Siasatan awal berdasarkan keterangan mangsa, kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk rumah menggunakan pemutar skru dan bersenjatakan celoret untuk menyamun mangsa.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata dan polis giat memburu ketiga-tiga suspek yang melarikan diri,” katanya.


1. RAMPAS...barang milik penjenayah yang ditembak mati seorang warga emas ketika rumahnya cuba disamun.

2. MAUT...penjenayah warga Indonesia yang maut ditembak ketika cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields di sini pagi, semalam.


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

The rock buat teh dan teh o ais

Ingat The Rock tak boleh buat teh dan teh o ais ke? Video ni buktinya...hehe..Osem :)


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Lagu Berus Gigi

Gigi putih bersih...menawan kan...ni lagu pasal gigi ..hehe :)


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Orang cina vs orang jepun



Ni lah jadinya bila Cina dan Jepun bertemu...hehe..layan jela..:)

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Thursday, April 26, 2012

Real Madrid tersingkir, Bayern ke Final


Kekalahan Real Madrid semalam selepas terikat dengan agregat 3-3 tidak mampu membawa mereka ke final setelah kalah melalui sepakan penalti 1-3 kepada Bayern Munich. Kekecewaan jelas terukir di wajah para peminat di laman sendiri apabila hanya Xabi Alonso yang menyumbat gol semasa sepakan penalti. Bayern Munich akan berdepan dengan Chelsea di final nanti. Tradisi Barcelona ke final juga telah dinafikan pada tahun ini. Bola itu bulat...


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Wednesday, April 25, 2012

Chelsea ke Final UEFA 2012


Impian Barcelona FC ke final tahun 2012 kini hancur setelah seri 2-2 dengan Chelsea semalam. Walaupun ketinggalan 0-2, dengan hanya 10 pemain Chelsea mampu menjaringkan 2 gol jaringan Ramires dan Fernando Torres.


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Lelaki berjubah putih misteri


Gambar hiasan

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba2 keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya tentera bersenjata. Kelihatan dia mengangkat pemuda yang telah syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.


Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan...







Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Saintis China hasilkan biri-biri gen cacing

SEEKOR biri-biri yang bernama Peng Peng cuba berdiri di sebuah ladang di Urumqi, Xinjiang pada 26 Mac lalu.

HONG KONG - Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak 'baik' yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.

Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.

"Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa," kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China.

Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China.

Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.

"Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia," kata Yutao.

China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya.

Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China.

Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu. - Reuters

Bila manusia terlalu taksub mencari dan mengkaji ilmu, hukum alam tidak lagi diendahkan. Keadaan akhir zaman...

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Kereta tersadai di tangga

SEBUAH kereta berhenti di kawasan tangga menuju ke stesen Chaussee d'Antin La Fayette, Paris semalam.

PARIS - Seorang pemandu sebuah kereta pada mulanya menyangka sebuah laluan bawah tanah di sini menuju ke tempat meletak kenderaan.

Dia terus memandu kereta memasuki laluan itu sebelum menyedari ia sekiranya adalah tangga untuk menuju ke stesen tren bawah tanah.

Bagaimanapun, dia sempat menekan brek menyebabkan keretanya tersadai di kawasan tangga itu di stesen Chaussee d'Antin La Fayette semalam.

Polis kemudian menahan pemandu kereta itu yang merupakan seorang lelaki untuk menjalani ujian kandungan alkohol dalam badannya.

Keputusan ujian itu mendapati pemandu tersebut negatif alkohol yang menunjukkan dia tidak mabuk. -


sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_04.htm

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Artis mangsa penghuni flat buang objek



KUALA LUMPUR - Malang bagi bekas peserta Maharaja Lawak Mega, Ahmad Salman Zamri, 38, atau lebih dikenali sebagai Salman Al-Farisi (Kumpulan Lanun) apabila cermin belakang keretanya pecah ditimpa botol mayonis yang dibuang dari tingkat atas rumah di Blok 100 Perumahan Awam Seri Pantai, Pantai Dalam di sini, kelmarin. 

Kejadian tersebut disedarinya kira-kira jam 1 petang semalam ketika sedang memanaskan enjin keretanya.

Menurutnya, sebelum itu, kira-kira jam 11 pagi dia sudah terdengar bunyi dentuman, namun tidak menyangka keretanya menjadi mangsa. 

“Dua tahun lepas televisyen lama dicampak dari atas, terkena kereta dan cerminnya pecah seperti yang jadi pada saya kali ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Salman yang sudah tujuh tahun menetap di situ berkata, sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab itu membuatkannya rasa tidak selamat.

Katanya, apa yang membimbangkan adalah sekiranya objek yang dibaling menimpa penduduk, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang berlegar di bawah. 

“Saya sudah buat laporan polis untuk dirujuk kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana saya mahu DBKL membuat surat pekeliling sebagai amaran dan kesedaran kepada penduduk. 

“Pihak DBKL juga sepatutnya mengambil langkah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sudut yang boleh merakam keseluruhan bangunan agar boleh mengenal pasti pelaku yang bertanggungjawab membuang objek dari atas,” katanya. 

Difahamkan sudah lebih tiga kejadian objek dibuang dari atas yang melibatkan kerosakan kenderaan penduduk di situ sejak 2010.



Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Tuesday, April 24, 2012

Kelantan FA kini teratas kumpulan H (AFC)


Kini selepas menang ke atas Navibank Saigon 2-1 di laman tuan rumah, kini Kelantan FA memungut 10 mata secara automatiknya berada kedudukan teratas kumpulan H. Jaringan awal pihak lawan tidak mematahkan semangat para pemain Red Warrior untuk terus bangkit dengan jaringan sepakan percuma Indra Putra melalui sepakan percuma pada minit ke 80. Tidak lama selepas itu jaringan Mohamad Ghaddar hasil tolakan dairpada Mat Yo memberikan kemenangan kepada Red Warriror. :)





Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)



LRT tiba-tiba berhenti, penumpang cabut lari




SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 11 penumpang terpaksa memberanikan diri berjalan di atas landasan berikutan perkhidmatan Keretapi Transit Laju Ringan (LRT) di Bukit Panjang tergendala, semalam. 

Syarikat SMRT dalam kenyataan berkata, gerabak LRT yang dinaiki mereka terhenti di tengah-tengah landasan antara stesen Bukit Panjang dan Senja kira-kira jam 4.45 petang. Berikutan itu, penumpang terpaksa berjalan sejauh 150 meter di atas landasan yang berkeluasan 1.5 meter dan dianggarkan setinggi flat tiga tingkat, untuk ke stesen Senja. Khidmat LRT di laluan A, tempat gerabak berkenaan terhenti tergendala selama dua setengah jam sehingga 7.15 malam. 
Turut tergendala laluan B, selama sembilan minit dan laluan C, selama sejam. 

Seorang penduduk, Azman Zaini, 50, yang menyaksikan insiden dari rumahnya di tingkat empat di Jelebu Road, berkata beliau mendengar bunyi dentuman kuat diikuti dengan bunyi menciut. 

Beliau menghubungi polis dan mengambil gambar serta video mengenai kejadian itu yang dikirimkan kepada Berita Harian Singapura. 
“Saya lihat ada penumpang membawa kanak-kanak. Bayangkan, ia menjadi satu pengalaman menyeramkan kepada pengguna. 

“Takut juga kalau mereka terkena kejutan elektrik ketika berjalan di atas landasan,” katanya. 

SMRT berkata, kakitangannya tiba membantu penumpang terkandas dalam gerabak dalam masa kurang lima minit. 

“Sepanjang gerabak terhenti, pendingin hawa dan lampu tidak dimatikan,” katanya. 

Penumpang kemudiannya ditemani kakitangan dan berjalan di atas landasan, yang disifatkan SMRT, selamat dan biasa digunakan kakitangan penyelenggarannya. 

Gerabak yang rosak itu kemudiannya dicantumkan dengan sebuah lagi gerabak LRT dan ditolak ke stesen berdekatan. 

Pengumuman itu dibuat di stesen LRT Bukit Panjang dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan bahasa Tamil dan menerusi Twitter. 

Ini adalah kali kelima berturut-turut tren SMRT tergendala dalam masa 11 hari sejak 13 April lalu. – Agensi


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Monyet tak berbulu yang comel

Biasanya kat Malaysia ni selalu kita jumpa monyet atau bahasa saintifiknya berok berbulu,,, tapi ni foto monyet yang tak berbulu pulak,,penah ke jumpe? Layan jela.. :)






Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)



Proton Preve Hatchback coming soon

Sama ada berita ini betul atau tidak masih lagi belum dipastikan, namun apa yang pasti foto ini telah menjelaskan bahawa ia berkemungkinan keluaran seterusnya Proton. 





Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)



Apa motif planking? Unik?

Planking adalah suatu aktiviti berbaring (biasanya dengan wajah menghadap ke bawah) pada tempat yang tidak lazim. Tidak seperti orang berbaring yang lazimnya dilakukan diatas sofa atau katil, planking boleh dilakukan dimana saja tempat asalkan si pelaku mampu menjaga keseimbangannya. Seperti diatas meja, diantara dua kerusi yang didekatkan, di lapangan dan ditanah atau yang extreme adalah dilakukan diatas gawang atau diatas jambatan.






Betol ke unik? hehe...fikir2 sendiri

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Buat pilihan yang betul


Haa..sebelum nak beli benda ni kat anak2 tu..tengok dulu betul2...jangan tersalah beli :)

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)



Gadis Hilang dijumpai rentung

Gambar Hiasan

KOTA BHARU — Seorang gadis yang dilapor hilang dari rumahnya sejak 20 hari lepas, dijumpai mati dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit di Kampung Baru, Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Jeram Tekoh, dekat sini, semalam.

Mayat Nor Aini Shafnie Mohd Azizi, 15, dijumpai di tepi motosikal yang dinaikinya oleh seorang pemandu lori kelapa sawit yang dikenali sebagai Yusuf Mohd, yang kebetulan lalu di kawasan itu, kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mangsa anak bongsu dari 10 beradik dilihat kali terakhir keluar rumah seorang diri dengan menunggang motosikal jenis Kriss pada 3 April lepas.

Beliau berkata, selepas mangsa tidak pulang ke rumah hari itu, kakaknya, Norhayati Mohd Azizi, membuat laporan di Balai Polis Gua Musang pada pukul 4 pagi keesokan harinya.

Jalaluddin berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan enam lelaki dan dua wanita berumur antara 17 hingga 30 tahun yang boleh membantu polis dalam siasatan kes itu.

Enam daripada mereka, termasuk seorang wanita positif dadah dan mereka adalah penduduk sekitar kawasan itu, katanya. — BERNAMA

Dunia ke manusia semakin kejam? Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa...semoga balasan setimpal diterima oleh penjenayah


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)


Jawatan Kosong di Majlis Daerah Gerik



Jawatan Kosong di Majlis Daerah Gerik.


Penolong Pegawai Penilaian
Pembantu Tadbir (P/O)
Pemandu Kenderaan
Pekerja Awam

Tarikh Tutup : 31 Mei 2012

http://gerik.gov.my/web/guest/mdg/peluang_pekerjaan



Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Proton Preve Saphire Mengancam?

Selepas pelancaran kereta Proton terbaru pada tahun ini, banyak maklum balas positif dan negatif telah dilontarkan oleh masyarakat tidak kira usia. Jadi, sebagai penulis di sini, produk terbaru Proton adalah satu kejayaan dan effort yang telah diusaha oleh warga Proton...Apa pun, serba sedikit sesuatu produk buatan manusia mesti ada kurangnya, ,, Harapan tertinggi ramai pembeli kereta adalah produk ni lebih "tahan" dari segala aspek yang diinginkan ...jadi sama-sama lah kita memperbaiki dan mempertingkatkan mutu produk Malaysia...:)


PrevĂ© didatangkan di dalam 3 varian; Premium (RM72,990, 1.6 CFE + CVT Protonic 7-kelajuan), Executive (RM62,990, 1.6 IAFM + 6-kelajuan CVT) dan Executive Manual (RM59,990 5-kelajuan, IAFM).




Spesifikasi:

  • Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
  • 138 kuasa kuda, kilasan 205Nm
  • Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
  • Stering kuasa hidrolik
  • Brek ABS dengan EBD
  • Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
  • Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS
  • Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
  • Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown


Di samping tu,,, dikatakan Preve Saphire merupakan Special Edition bagi kereta ni...Cun juga bila ditengok,,,Preve SE seperti gambar-gambar di bawah...








Design yang semakin mengancam..:D




Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
- ,