Monday, April 30, 2012

Johor bakal bergelar Jollywood?


JOHOR BAHRU 29 April - Pembangunan Media Village @ Medini dan Pinewood Iskandar Malaysia Studios (Pinewood Studio) yang bakal dibuka Mei tahun depan serta Mediapolis di Singapura mampu mewujudkan gabungan kemudahan industri kreatif bagi menjadikan Johor sebagai 'Jollywood' Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Medini Iskandar Malaysia, Keith Martin berkata, rantau Asia setakat ini masih belum mempunyai pusat pembangunan industri kreatif dan hubungan antara Malaysia-Singapura yang berada pada tahap terbaik kini mampu menjadi pemangkin untuk merealisasikan impian itu.

"Apa yang meyakinkan saya adalah pelan induk Media Village @ Medini dibuat berdasarkan permintaan, bukan sekadar pembinaan infrastruktur dan kami sebagai pemegang konsesi utama akan memastikan pelaksanaan pelan induk mengikut rancangan.





Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
- ,