Wednesday, April 25, 2012

Saintis China hasilkan biri-biri gen cacing

SEEKOR biri-biri yang bernama Peng Peng cuba berdiri di sebuah ladang di Urumqi, Xinjiang pada 26 Mac lalu.

HONG KONG - Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak 'baik' yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.

Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.

"Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa," kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China.

Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China.

Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.

"Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia," kata Yutao.

China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya.

Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China.

Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu. - Reuters

Bila manusia terlalu taksub mencari dan mengkaji ilmu, hukum alam tidak lagi diendahkan. Keadaan akhir zaman...

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Kereta tersadai di tangga

SEBUAH kereta berhenti di kawasan tangga menuju ke stesen Chaussee d'Antin La Fayette, Paris semalam.

PARIS - Seorang pemandu sebuah kereta pada mulanya menyangka sebuah laluan bawah tanah di sini menuju ke tempat meletak kenderaan.

Dia terus memandu kereta memasuki laluan itu sebelum menyedari ia sekiranya adalah tangga untuk menuju ke stesen tren bawah tanah.

Bagaimanapun, dia sempat menekan brek menyebabkan keretanya tersadai di kawasan tangga itu di stesen Chaussee d'Antin La Fayette semalam.

Polis kemudian menahan pemandu kereta itu yang merupakan seorang lelaki untuk menjalani ujian kandungan alkohol dalam badannya.

Keputusan ujian itu mendapati pemandu tersebut negatif alkohol yang menunjukkan dia tidak mabuk. -


sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_04.htm

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Artis mangsa penghuni flat buang objek



KUALA LUMPUR - Malang bagi bekas peserta Maharaja Lawak Mega, Ahmad Salman Zamri, 38, atau lebih dikenali sebagai Salman Al-Farisi (Kumpulan Lanun) apabila cermin belakang keretanya pecah ditimpa botol mayonis yang dibuang dari tingkat atas rumah di Blok 100 Perumahan Awam Seri Pantai, Pantai Dalam di sini, kelmarin. 

Kejadian tersebut disedarinya kira-kira jam 1 petang semalam ketika sedang memanaskan enjin keretanya.

Menurutnya, sebelum itu, kira-kira jam 11 pagi dia sudah terdengar bunyi dentuman, namun tidak menyangka keretanya menjadi mangsa. 

“Dua tahun lepas televisyen lama dicampak dari atas, terkena kereta dan cerminnya pecah seperti yang jadi pada saya kali ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Salman yang sudah tujuh tahun menetap di situ berkata, sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab itu membuatkannya rasa tidak selamat.

Katanya, apa yang membimbangkan adalah sekiranya objek yang dibaling menimpa penduduk, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang berlegar di bawah. 

“Saya sudah buat laporan polis untuk dirujuk kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana saya mahu DBKL membuat surat pekeliling sebagai amaran dan kesedaran kepada penduduk. 

“Pihak DBKL juga sepatutnya mengambil langkah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sudut yang boleh merakam keseluruhan bangunan agar boleh mengenal pasti pelaku yang bertanggungjawab membuang objek dari atas,” katanya. 

Difahamkan sudah lebih tiga kejadian objek dibuang dari atas yang melibatkan kerosakan kenderaan penduduk di situ sejak 2010.



Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Tuesday, April 24, 2012

Kelantan FA kini teratas kumpulan H (AFC)


Kini selepas menang ke atas Navibank Saigon 2-1 di laman tuan rumah, kini Kelantan FA memungut 10 mata secara automatiknya berada kedudukan teratas kumpulan H. Jaringan awal pihak lawan tidak mematahkan semangat para pemain Red Warrior untuk terus bangkit dengan jaringan sepakan percuma Indra Putra melalui sepakan percuma pada minit ke 80. Tidak lama selepas itu jaringan Mohamad Ghaddar hasil tolakan dairpada Mat Yo memberikan kemenangan kepada Red Warriror. :)





Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)



LRT tiba-tiba berhenti, penumpang cabut lari




SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 11 penumpang terpaksa memberanikan diri berjalan di atas landasan berikutan perkhidmatan Keretapi Transit Laju Ringan (LRT) di Bukit Panjang tergendala, semalam. 

Syarikat SMRT dalam kenyataan berkata, gerabak LRT yang dinaiki mereka terhenti di tengah-tengah landasan antara stesen Bukit Panjang dan Senja kira-kira jam 4.45 petang. Berikutan itu, penumpang terpaksa berjalan sejauh 150 meter di atas landasan yang berkeluasan 1.5 meter dan dianggarkan setinggi flat tiga tingkat, untuk ke stesen Senja. Khidmat LRT di laluan A, tempat gerabak berkenaan terhenti tergendala selama dua setengah jam sehingga 7.15 malam. 
Turut tergendala laluan B, selama sembilan minit dan laluan C, selama sejam. 

Seorang penduduk, Azman Zaini, 50, yang menyaksikan insiden dari rumahnya di tingkat empat di Jelebu Road, berkata beliau mendengar bunyi dentuman kuat diikuti dengan bunyi menciut. 

Beliau menghubungi polis dan mengambil gambar serta video mengenai kejadian itu yang dikirimkan kepada Berita Harian Singapura. 
“Saya lihat ada penumpang membawa kanak-kanak. Bayangkan, ia menjadi satu pengalaman menyeramkan kepada pengguna. 

“Takut juga kalau mereka terkena kejutan elektrik ketika berjalan di atas landasan,” katanya. 

SMRT berkata, kakitangannya tiba membantu penumpang terkandas dalam gerabak dalam masa kurang lima minit. 

“Sepanjang gerabak terhenti, pendingin hawa dan lampu tidak dimatikan,” katanya. 

Penumpang kemudiannya ditemani kakitangan dan berjalan di atas landasan, yang disifatkan SMRT, selamat dan biasa digunakan kakitangan penyelenggarannya. 

Gerabak yang rosak itu kemudiannya dicantumkan dengan sebuah lagi gerabak LRT dan ditolak ke stesen berdekatan. 

Pengumuman itu dibuat di stesen LRT Bukit Panjang dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan bahasa Tamil dan menerusi Twitter. 

Ini adalah kali kelima berturut-turut tren SMRT tergendala dalam masa 11 hari sejak 13 April lalu. – Agensi


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Monyet tak berbulu yang comel

Biasanya kat Malaysia ni selalu kita jumpa monyet atau bahasa saintifiknya berok berbulu,,, tapi ni foto monyet yang tak berbulu pulak,,penah ke jumpe? Layan jela.. :)






Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)



Proton Preve Hatchback coming soon

Sama ada berita ini betul atau tidak masih lagi belum dipastikan, namun apa yang pasti foto ini telah menjelaskan bahawa ia berkemungkinan keluaran seterusnya Proton. 





Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)



Apa motif planking? Unik?

Planking adalah suatu aktiviti berbaring (biasanya dengan wajah menghadap ke bawah) pada tempat yang tidak lazim. Tidak seperti orang berbaring yang lazimnya dilakukan diatas sofa atau katil, planking boleh dilakukan dimana saja tempat asalkan si pelaku mampu menjaga keseimbangannya. Seperti diatas meja, diantara dua kerusi yang didekatkan, di lapangan dan ditanah atau yang extreme adalah dilakukan diatas gawang atau diatas jambatan.






Betol ke unik? hehe...fikir2 sendiri

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
- ,