Gambar yang diperolehi daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik pada 17 April lalu merakamkan pemandangan dari udara Taman Olimpik di London yang menujukkan Stadium Olimpik (kanan), Pusat Aquatik, dan Arena Polo Air (kiri). Kota London mencatat sejarah sebagai bandar raya pertama menganjurkan Sukan Olimpik sebanyak tiga kali. - AFP
LONDON 29 April - Penghuni sebuah blok pangsapuri di London diberitahu peluru berpandu darat ke udara dijangka ditempatkan di atas bangunan berkenaan bagi membantu menangkis ancaman keganasan dari udara semasa Sukan Olimpik.
Kementerian Pertahanan, semalam mengesahkan pihaknya mencari lokasi sesuai bagi menempatkan sistem pertahanan itu ketika Britain bersiap sedia untuk melancarkan operasi keselamatan terbesar pada waktu aman sempena temasya sukan tersebut.
"Satu sistem peluru berpandu kelajuan tinggi mungkin diletakkan di atas bumbung dan 10 askar ditempatkan di dalam bangunan itu selama dua bulan sepanjang Sukan Olimpik yang akan bermula pada 27 Julai ini," menurut risalah yang diedarkan kepada penduduk.
Jurucakap Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, semalam berkata, sistem pertahanan udara berpangkalan di darat boleh ditempatkan sebagai sebahagian pelan keselamatan udara pelbagai peringkat untuk Sukan Olimpik, termasuk jet pejuang dan helikopter.
"Berdasarkan nasihat tentera, kami telah mengenal pasti beberapa lokasi dan sedang berunding dengan pihak berkuasa tempatan dan pemilik tanah berkenaan untuk membantu mengurangkan kesan daripada sebarang penempatan tentera," katanya.
Kementerian Pertahanan belum membuat keputusan muktamad mengenai penempatan peluru berpandu tetapi sedang menilai beberapa lokasi dengan kerjasama polis, menurut kenyataan itu.
Seorang wartawan yang mendiami blok pangsapuri di Bow, timur London itu, Brian Whelan berkata, tentera akan menjalankan ujian dan jika semuanya berjalan lancar, peluru berpandu berkelajuan tinggi serta askar akan ditempatkan di atas bangunan tersebut.
Menurut risalah itu, pangsapuri berkenaan dipilih kerana pemandangannya yang begitu jelas di kawasan sekitar dan seluruh ruang udara di atas Taman Olimpik. - AFP

Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)
0 comments:
Post a Comment