RAMPAS...barang milik penjenayah (gambar kecil) yang ditembak mati.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat lelaki yang cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields, di sini, bukan saja gagal, tetapi bernasib malang apabila seorang rakan mereka mati ditembak penghuni rumah berkenaan yang berusia 60 tahun, awal pagi semalam.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian berlaku jam 2.30 pagi apabila suspek memecah masuk rumah mangsa sebelum disedari mangsa yang juga ahli perniagaan yang memiliki lesen senjata api apabila terdengar bunyi bising.“Mangsa memeriksa bunyi bising itu dan sebaik terserempak kumpulan penyamun yang bertopeng terbabit, dia melepaskan beberapa das tembakan dan...