Tuesday, April 24, 2012

LRT tiba-tiba berhenti, penumpang cabut lari




SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 11 penumpang terpaksa memberanikan diri berjalan di atas landasan berikutan perkhidmatan Keretapi Transit Laju Ringan (LRT) di Bukit Panjang tergendala, semalam. 

Syarikat SMRT dalam kenyataan berkata, gerabak LRT yang dinaiki mereka terhenti di tengah-tengah landasan antara stesen Bukit Panjang dan Senja kira-kira jam 4.45 petang. Berikutan itu, penumpang terpaksa berjalan sejauh 150 meter di atas landasan yang berkeluasan 1.5 meter dan dianggarkan setinggi flat tiga tingkat, untuk ke stesen Senja. Khidmat LRT di laluan A, tempat gerabak berkenaan terhenti tergendala selama dua setengah jam sehingga 7.15 malam. 
Turut tergendala laluan B, selama sembilan minit dan laluan C, selama sejam. 

Seorang penduduk, Azman Zaini, 50, yang menyaksikan insiden dari rumahnya di tingkat empat di Jelebu Road, berkata beliau mendengar bunyi dentuman kuat diikuti dengan bunyi menciut. 

Beliau menghubungi polis dan mengambil gambar serta video mengenai kejadian itu yang dikirimkan kepada Berita Harian Singapura. 
“Saya lihat ada penumpang membawa kanak-kanak. Bayangkan, ia menjadi satu pengalaman menyeramkan kepada pengguna. 

“Takut juga kalau mereka terkena kejutan elektrik ketika berjalan di atas landasan,” katanya. 

SMRT berkata, kakitangannya tiba membantu penumpang terkandas dalam gerabak dalam masa kurang lima minit. 

“Sepanjang gerabak terhenti, pendingin hawa dan lampu tidak dimatikan,” katanya. 

Penumpang kemudiannya ditemani kakitangan dan berjalan di atas landasan, yang disifatkan SMRT, selamat dan biasa digunakan kakitangan penyelenggarannya. 

Gerabak yang rosak itu kemudiannya dicantumkan dengan sebuah lagi gerabak LRT dan ditolak ke stesen berdekatan. 

Pengumuman itu dibuat di stesen LRT Bukit Panjang dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan bahasa Tamil dan menerusi Twitter. 

Ini adalah kali kelima berturut-turut tren SMRT tergendala dalam masa 11 hari sejak 13 April lalu. – Agensi


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
- ,