Wednesday, April 25, 2012

Artis mangsa penghuni flat buang objek



KUALA LUMPUR - Malang bagi bekas peserta Maharaja Lawak Mega, Ahmad Salman Zamri, 38, atau lebih dikenali sebagai Salman Al-Farisi (Kumpulan Lanun) apabila cermin belakang keretanya pecah ditimpa botol mayonis yang dibuang dari tingkat atas rumah di Blok 100 Perumahan Awam Seri Pantai, Pantai Dalam di sini, kelmarin. 

Kejadian tersebut disedarinya kira-kira jam 1 petang semalam ketika sedang memanaskan enjin keretanya.

Menurutnya, sebelum itu, kira-kira jam 11 pagi dia sudah terdengar bunyi dentuman, namun tidak menyangka keretanya menjadi mangsa. 

“Dua tahun lepas televisyen lama dicampak dari atas, terkena kereta dan cerminnya pecah seperti yang jadi pada saya kali ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Salman yang sudah tujuh tahun menetap di situ berkata, sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab itu membuatkannya rasa tidak selamat.

Katanya, apa yang membimbangkan adalah sekiranya objek yang dibaling menimpa penduduk, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang berlegar di bawah. 

“Saya sudah buat laporan polis untuk dirujuk kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana saya mahu DBKL membuat surat pekeliling sebagai amaran dan kesedaran kepada penduduk. 

“Pihak DBKL juga sepatutnya mengambil langkah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sudut yang boleh merakam keseluruhan bangunan agar boleh mengenal pasti pelaku yang bertanggungjawab membuang objek dari atas,” katanya. 

Difahamkan sudah lebih tiga kejadian objek dibuang dari atas yang melibatkan kerosakan kenderaan penduduk di situ sejak 2010.



Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
- ,