Gambar yang diperolehi daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik pada 17 April lalu merakamkan pemandangan dari udara Taman Olimpik di London yang menujukkan Stadium Olimpik (kanan), Pusat Aquatik, dan Arena Polo Air (kiri). Kota London mencatat sejarah sebagai bandar raya pertama menganjurkan Sukan Olimpik sebanyak tiga kali. - AFPLONDON 29 April - Penghuni sebuah blok pangsapuri di London diberitahu peluru berpandu darat ke udara dijangka ditempatkan di atas bangunan berkenaan bagi membantu menangkis ancaman keganasan dari udara semasa Sukan Olimpik.Kementerian Pertahanan, semalam mengesahkan pihaknya mencari lokasi sesuai bagi menempatkan sistem pertahanan itu ketika Britain bersiap sedia untuk melancarkan operasi...