Friday, April 13, 2012

Cara lepasi sekatan website di pejabat


Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya.



Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk...cth mcam gambar kat atas...

Penyelesaian konkrit....


klik add to firefox bagi pengguna browser Mozilla firefox dan Get Internet Explorer untuk pengguna browser IE (add-ons ini juga compatible dengan Internet Explorer 9). Walaubagaimanapun, Google Chrome, Opera, safari tidak menyokong add-ons ini. Jadi sila gunakan IE atau Firefox sahaja. 

Lepas Install add-ons restart bagi firefox, bagi IE kena install, tapi close dulu browser (Run Setup macam nak install software, lepas install buka IE, Add-ons dah tersedia, bagi pengguna browser Internet Explorer 9 akan kuar notifications kat bawah sama ada nak enable atau tidak add-ons ni.

Lepas tu sign up secara percuma masukkan email dengan kata laluan. Selepas itu, check email untuk pengaktifan secara percuma. 

Cara untuk Login Cocoon klik dekat add-ons button on mcam gambar kat bawah

Lepas klik akan kuar macam ni

Login guna email address dengan password yang anda sign up tadi..dalam bbrapa saat jika anda pengguna firefox..browser anda akan berubah jadi Private Browsing..

(warna Ungu, Jika bukan private warna oren) Begitu juga dengan IE9 yang akan berubah kepada private browsing. 

Cara nak close cocoon semudah anda log in iaitu klik pada button on sekali lagi,tunggu beberapa saat dan browser anda akan bertukar normal kepada bukan private browsing.

Dengan menggunakan Cocoon anda dapat melayari laman youtube, laman web perkongsian files dan mendownload mp3,file dan sebagainya. Tetapi anda tidak boleh download Movie dan files yang besar melebihi 60mb. Penggunaan IDM(Internet Download Manager) juga tidak berfungsi kerana Cocoon menggunakan Proxy untuk melepasi sekatan admin.Setakat ini, Cocoon antara alternatif terbaik dalam melepasi sekatan dengan kelajuan yang amat baik sekali.

Selamat Melayari Internet dengan bebas! dan selamat mencuba!


Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)

3 comments:

Anonymous said...

berfungsi jer kalau guna IDM..Setup dkt browser

Unknown said...

slam boh kalu lps tukn butang untuk close lps tu leh bukak x mybnk2u

Anonymous said...

cocoon sy pn dah kne blok gak admin weh...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
- ,