"Pulau Patung Di Mexico"
Dikenali sebagai “La Isla de la Munecas” dalam bahasa Sepanyol, pulau patung ini mungkin menjadi tempat yang paling seram untuk dikunjungi pelancong-pelancong yang datang ke Mexico. Terletak di selatan bandar Mexico, pulau ini penuh dengan pelbagai kisah-kisah misteri.
Dikenali sebagai “La Isla de la Munecas” dalam bahasa Sepanyol, pulau patung ini mungkin menjadi tempat yang paling seram untuk dikunjungi pelancong-pelancong yang datang ke Mexico. Terletak di selatan bandar Mexico, pulau ini penuh dengan pelbagai kisah-kisah misteri.
Boleh dikatakan hampir kesemua pokok di pulau ini dihiasi dengan patung-patung berwajah seram yang pastinya akan membuatkan anda rasa seperti diperhatikan. Kisah misteri di sebalik pulau patung ini bermula apabila seorang pertapa bernama Don Julian Santana berpindah ke sini. Walaupun beliau sudah berkahwin, beliau memilih untuk menghabiskan sisa hayat hidup beliau di pulau ini.
Don Julian dikatakan sering dihantui oleh roh seorang budak perempuan yang dipercayai mati lemas dalam salah satu saluran di pulau tersebut. Ada sumber yang mengatakan Don Julian memancing patung-patung tersebut kerana menganggap patung-patung yang dipancingnya itu adalah kanak-kanak yang sebenar. Ada yang mengatakan beliau mengumpul kesemua patung dan meletakkannya di hampir di sekeliling rumahnya untuk dijadikan makam kepada roh budak perempuan yang mati lemas itu.
Pada tahun 2001, Don Julian Santana ditemui mati oleh anak saudaranya di dalam saluran yang sama budak perempuan itu ditemui mati. Kini, pulau tersebut dan kesemua patung tersebut terus menjadi misteri. Ada sesetengah pelancong mengatakan mereka dapat mendengar bisikan dari patung-patung.
Jika anda rasakan post ini menarik dan berguna, mohon share di Facebook. Terima kasih kerana support blog ni :)
0 comments:
Post a Comment